Pretty Ugly 21

Salam buat semua. Buat pertama kalinya setelah bertahun-tahun menunggu, sudah sampai masanya untuk Pretty Ugly membuat persembahan konsert solo kami. Setelah banyak band dari dalam dan luar negara sudah beraksi di pentas, malam ini kami umumkan pada 25 Februari 2023 giliran kami pula yang akan beraksi di atas pentas. Kami pilih The Paddock sebagai venue konsert. Acara julung-julung kali ini adalah untuk meraikan ulangtahun ke 21 Pretty Ugly berada di dalam muzik industri. Selain dari itu, ia juga sebagai hadiah terindah buat peminat setia setelah sekian lama menyokong muzik Pretty Ugly. Walaupun ini adalah konsert solo kami, akan tetapi ada juga dua band yang dijemput untuk ‘warm-up’ sebelum kami beraksi. Band itu ialah Late Night Frequency dan juga Banyakbunyikrepublik. Kami pilih kedua band ini kerana muzik yang mereka bawa. Oleh kerana konsert ini adalah ulangtahun ke 21 kami, jadi kami akan hadiahkan persembahan sebanyak 21 lagu pada malam itu nanti. List lagu akan kami pamirkan kemudian. Konsert ini juga adalah sebahagian dari proses 're-branding' Pretty Ugly untuk memberitahu semua yang kami masih lagi wujud & aktif berkarya. Pada yang berminat untuk melakar sejarah bersama kami, anda semua dialu-alukan untuk membeli tiket yang akan mula dijual pada 16 December 2022 nanti. Berikut adalah harga-harga tiket yang dijual. Early Bird RM90 Normal RM110 Walk In RM150 Semua tiket di atas - free standing Meet & greet RM190 - special seating & inclusive food & drinks (limited for 30 pax). Akhir kata terima kasih buat semua co-sponsor yang terlibat. InshaaAllah akan ada banyak lagi yang tampil ke depan untuk menaja konsert DIY yang kami adakan untuk anda. Ini baru INDIE!
Pretty Ugly 21
Venue : The Paddock, Kelana Jaya
Date : 25th February 2023
Time : 8 pm - 12am

Customer Service

Contact us for any inquiries